APA ITU VIAGRA?

 Apa itu viagra adalah sejenis ubatan dalam kategori sildenafil yang digunakan bagi merawat masalah disfungsi erektil (mati pucuk).

Ia berfungsi dengan meningkatkan pengaliran darah ke dalam salur pada zakar bagi membantu lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi mereka.

Terdapat beberapa variasi ubatan ini termasuklah:

  • *Tablet untuk ditelan
  • *Tablet untuk dikunyah
  • *Cecair
  • *Tepung

Menurut kajian yang dijalankan oleh National Health Services di UK, kira-kira 2 per 3 lelaki yang mengambil ubatan ini berjaya meningkatkan kemampuan ereksi mereka.

Oleh itu, anda yang mempunyai masalah mati pucuk boleh mengambil ubatan ini dengan preskripsi yang ditetapkan oleh doktor bagi kemampuan seksual yang lebih mantap.

Adakah ia bagus untuk lelaki sahaja?

Seperti mana yang kita sudah tahu, apa itu viagra memang sangat bagus untuk kaum Adam ekoran fungsinya yang boleh membantu menyelesaikan masalah mati pucuk.

Dengan bantuan ubatan bernama viagra ini, maka lelaki akan lebih yakin untuk menjalankan projek asmara bersama isteri tersayang tanpa rasa malu atau takut lagi.

Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa sildenafil bukan sahaja bagus untuk lelaki malah wanita juga terutamanya yang mengalami masalah hipertensi pulmonari.

Sebelum itu, kalian perlu tahu sildenafil terdapat 2 jenama bagi tujuan tertentu:

  • Viagra – Digunakan untuk merawat mati pucuk
  • Revatio – Digunakan untuk merawat hipertensi pulmonari

Revatio akan digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi yang berlaku pada kawasan pulmonari yang terletak di antara jantung dengan paru-paru.

Kondisi ini akan berlaku apabila jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat bagi mengepam darah yang secukupnya kepada paru-paru.

Pengambilan revatio boleh membantu meningkatkan pengaliran darah ke dalam paru-paru dalam usaha mengurangkan beban jantung.

Kedua-dua ubatan sildenafil ini ternyata mampu menyelesaikan masalah kesihatan tertentu namun kalian masih perlu berwaspada kerana ia datang dengan kesan sampingan.


Comments

Popular Posts